Ayuh!Gegarkan hujung minggu anda!

Pasti masih ada yang berpening kepala memikirkan rancangan untuk hujung minggu ini.Bagi pencinta muzik bawah tanah tempatan khususnya undergrounders Terengganu pastikan anda tidak terlepas menyaksikan gig Indie Muzika, Sabtu ini.
Berkongsi pentas, kolaborasi 7 band bawah tanah tempatan baru dan lama pasti melancarkan aliran adrenalin pengunjung yang bakal menyaksikan gig ini.Antara band yang dijadualkan menggegarkan pentas pada hari tersebut seperti Heart-A-Tack,Gen'x 92,Nightwalker,Alienis beautiful,Shadow Revenge,Dead Eyes Glow dan First Holiday.
Bertempat di Dewan Sivik Pasir Panjang, Kuala Terengganu penganjur utama gig ini Protege Entertainmen bersama para sekutunya menjanjikan kepuasan maksima kepada bakal pengunjung dengan selenggaraan kualiti bunyi pada tahap maksimum.Dengan bayaran tiket RM20 (RM15 pre sale) pastinya memberikan anda lebih kesegaran! Jom melompat!
Shadow Revenge
Gen'x 92
Sumber.
www.facebook.com/pages/Terengganu-Underground-Scene/136516916376777
**semua gambar kredit kepada bands dan yang terlibat.=)








No comments:
Post a Comment