Terengganu Surf Community.

Bagi mereka yang pernah menjejakkan kaki di bumi Terengganu pastinya terpana dengan keindahan landskap semulajadinya.Negeri di pantai timur semenanjung Malaysia ini memiliki pesisiran pantai sejauh 225 km, dari utaranya, di Besut hinggalah ke Kemaman di sebelah selatannya.
Dan jika ke pantai andai bernasib baik, dapat anda lihat para peluncur ombak beraksi di depan mata dengan keberanian yang maksimum!.Negeri yang dahulunya didiami pelaut-pelaut hebat kini telah melahirkan satu generasi peluncur ombak yang tidak kurang hebatnya.
Bermula pada tahun 1995 seorang pemuda, Kit a.k.a Jayc Leong telah merintis minat pemuda tempatan kepada sukan luncur ombak.Setelah lebih sepuluh tahun beliau menghadapi ombak bersendirian, beberapa orang anak muda tempatan mulai mengikuti jejaknya.Hari demi hari, kini sukan ini semakin mendapat tempat di kalangan anak muda tempatan yang menggemari acara sukan lasak sehingga secara tidak langsung telah mewujudkan sebuah komuniti yang agak kuat.
Dengan perkembangan IT semasa, komuniti ini di atas usaha Bro Mud dan beberapa rakan telah melancarkan webpage mereka di laman sosial Facebook dengan nama Terengganu Surf Community.Bertitik tolak dari itu komuniti ini terus bergerak ke depan dan berkembang dengan pesat sekali.Kini ahlinya bukan sekadar di kalangan pemuda tempatan malah luar dari negeri Terengganu.Bahkan ada yang dari luar negara!
Aktiviti
Pada pertengahan 2010, setelah berdaftar dengan pihak pendaftar pertubuhan , tanpa berlengah komuniti ini terus berkempen bagi memperkenalkan sukan ini dan menarik lebih ramai ahli.Tanggal 4 Dis 2010, dengan kerjasama Kak May dari Cherating melalui Syarikat pengurusan Even Karmay dan juga dengan sokongan Bryan Nys (Malaysian Surfing Association),Terengganu Surfing Association berjaya dengan even sulung mereka 'Terengganu Go Surfing' Demo & Clinic 2010.


Baru-baru ini, tanggal 3 haribulan Jun 2011,bertempat di Marang Village Resort, TSC buat julung kalinya telah mengadakan perjumpaan bagi melantik beberapa orang penting demi mengisi jawatan-jawatan utama dalam organisasi TSA.Turut menjadi agenda dalam perjumpaan tersebut, acara penyerahan papan lucur tajaan kepada salah seorang peluncur,Doje oleh wakil penaja Shayne Moris; Mr Greg dari Australia.


Gambar Pilihan







Lagi Gambar:
Lihat koleksi gambar menarik mereka di;

Sumber;
Laman Facebook Terengganu Surf Community. Segala Gambar kredit kepada Abg Aziz(jurugambar rasmi TSC),TSC dan Chembong.









